Elvyra Nisa By Miss Rose

BAB 1


TIT TIT TIT


Bunyi mesin memenuhi ruangan wad VVIP . Wayar disana sini . Sekujur tubuh yang baru sahaja melepasi tahap kritikal terbaring lemah diatas katil . Keajaiban berlaku pagi tadi saat seorang pesakit yang disahkan koma disebabkan kemalangan dahsyat tiba-tiba sahaja menunjukkan tindak balas dalam masa yang begitu singkat selepas melewati detik-detik cemas . Jururawat langsung tidak dibenarkan meninggalkan pesakit tersebut . Sebarang kesilapan dibayar dengan nyawa . Namun bayaran yang mahal telah menghilangkan ketakutan dalam diri mereka . Tiada kesilapan maka nyawa takkan melayang .


Cahaya matahari menerobos masuk melalui jendela . Seorang jururawat menarik langsir tanpa disuruh bagi menjaga kualiti berkhidmatan di hospital mewah dan bertaraf ini . Keselesaan pesakit dititikberatkan , kepuasan pelanggan tetap diutamakan . Hidup dan mati ketua pengarah hopital mewah ini terletak di tangan pelanggan ini . Hilangnya pelanggan ini maka hilanglah lubuk emasnya . Malah , nyawanya juga boleh melayang dalam sekelip mata sahaja .


Jari-jemari milik tubuh yang terlantar itu bertindak balas lagi . Saat mata dicelekkan, yang dilihat hanyalah siling putih . Kesukarannya untuk menarik nafas telah menyedarkan jururawat yang begitu leka mengemas ruangan VVIP tersebut . Dengan segera butang di kepala katil ditekan untuk memanggil doktor . Keadaan pesakit amat menakutkan jururawat itu, kegelisahan dan ketakutan bercampur baur .


"Miss ? Miss ? Miss are you alright ?" panggil jururawat itu . Dia kian gelisah apabila gadis itu kembali menutup matanya . Menggigil jari-jemari gadis itu saat keadaan kian berada diluar kawalan . Tidak disangka secepat ini pesakit tersebut akan tersedar . Menggeletar hingga ke kepala jururawat tersebut mengingati nasib yang akan dia terima atas kelalaiannya .


" What happened ?" tanya seorang doktor . Dia diikuti beberapa orang jururawat yang lain . Jelas terpamer kerisauan di wajah mereka . Segala jenis butang yang terdapat pada mesin itu ditekan sebelum mesin ventilator itu menjerit nyaring . TITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT


Semua yang berada di dalam bilik VVIP itu berpandangan sesama sendiri . Kejadian yang paling ditakuti mereka kini menjadi nyata . Apakandaya , nyawa pesakit bukan ditangan mereka , tapi Dia Yang Maha Kuasa ( GOD ).


Saat tangan seorang jururawat ingin menekan butang off , mesin ventilator tersebut kembali berbunyi TIT TIT TIT Sekali lagi doktor dan jururawat yang berada disitu berpandangan sesama sendiri .


" Ito ay isang himala ." ( Ianya satu keajaiban ) Kata seorang jururawat yang terkesima dengan keajaiban tersebut yang jarang sama sekali berlaku .


Doktor itu turut mengangguk mengiakan kata-kata jururawat tersebut . Dia kemudiannya segera melakukan apa yang patut dia lakukan demi menstabilkan keadaan pesakit . Segala kegelisahan dan ketakutan yang menghantui mereka sebentar tadi kini kian menghilang . Nafas lega dihembus mereka dengan sebuah senyuman kesyukuran .



~~~~~🏝🏝🏝~~~~~




FLASH BACK

        Bunyi ombak menghempas pantai sayup-sayup kedengaran . Pantai El Nido yang berpasir putih begitu indah sekali dengan kedudukannya dikelilingi pergunungan kapur yang tampak berkilau dengan airnya yang juga jernih . EL Nido yang terletak di Selatan Filipina . Lebih mudah lagi iaitu di sebelah Barat dari kota Manila . Hutan yang agak tebal di pantai itu menambahkan lagi keindahannya .


" Sir , nakilala namin ang mga tao na na-sabotahe kumpanya ng panginoon sa araw ng anibersaryo ng kumpanya sir araw na panahon ." ( Tuan , kami sudah jumpa orang yang telah sabotaj syarikat tuan pada hari ulang tahun syarikat tuan tempoh hari ."


Kata seorang lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam . Dilengkapi lagi dengan kaca mata hitam yang berjenama . Sebuah sampul berwarna coklat dihulurkan kepada kepada bosnya dengan tenang . Segala kemungkinan yang bakal terjadi sudah dia fikirkan cara penyelesaiannya termasuklah amarah bosnya sebentar lagi setelah melihat isi sampul tersebut .


" Ang mga tao na tinatawag na Banuk . Duda ko siya ay tinanggap sa pamamagitan ng Heidi . Siguro Heidi ay galit dahil ang kanyang karera bilang isang modelo ay nawasak . Kaya siya nais ng paghihiganti sa pamamagitan ng nakakahiya ang sir ." ( Lelaki itu bernama Banuk . Saya syak dia diupah oleh Heidi . Mungkin Heudu marah kerana kerjayanya sebagai model musnah . Jadi dia ingin menbalas dendam dengan cara memalukan tuan ). Sambung lelaki itu lagi . 


Fail berwarna coklat itu dibuka , senyuman sumbing terukir tatkala terpandang bahan bukti yang berjaya diperoleh oleh orang suruhan yang dipercayainya . Antara ramai-ramai orang bawahan , hanya tiga daripada mereka yang paling dia percayai . Kesemua mereka mengusai negara yang berlainan , segala jenis maklumat berkaitan dunia gelap di negara jagaan masing-masing , sudah berada dalam poket mereka . Joan , lelaki didepannya ini , mengusai dunia gelap di Filipina .


" Joan , dalhin sa kanya upang makita ang sa akin . Live na buhay !" ( Joan , bawak dia jumpa aku . Hidup hidup ) katanya sambil melangkah pergi meninggalkan tempat perjumpaan rahsianya dengan Joan .


Joan mengangguk , seperti sudah faham apa yang ingin dilakukaan oleh bosnya terhadap Heidi , si perempuaan jalang yang tak tahu malu . Dia kemudiannya turut melangkah pergi . Haluan mereka bertentangan , di kepala penuh dengan rancangan . Yang membuat masalah tidak akan pernah terlepas daripada genggaman mereka . Kerana mereka ...... menggerunkan!



~~~~~🏝🏝🏝~~~~~




Shen berjalan menyusuri pantai El Nido yang memukau hati . Memang sudah menjadi kebisaannya untuk mencari ketenangan di pesisir pantai . Angin menyapa lembut wajahnya .


Mata-mata pelancong wanita tidak lepas daripada memandangnya . Mana tidaknya , dia memiliki rupa paras yang umpama tiada cacat celanya . Bertubuh tinggi , berkulit sawo matang , dan memiliki sepasang mata yang cantik beserta bulu kening yang terbentuk elok sememangnya menjadikannya seorang lelaki yang digilai ramai .


Namun begitu , dia tidak pernah terpikat dengan seorangpun perempuan yang mendampinginya . Baginya , tiada cinta yang ikhlas di dunia ini . Semuanya hanya mahukan sesuatu daripadanya . Dasar plastik ! Bukan sahaja muka , tapi bahkan hati dan perasaan juga plastik sampah !!!


Pandangan dan tubuh seksi yang sedang meliuk-lentok yang berniat menggodanya hanya dibiarkan sahaja tanpa tanpa sepatah kata . Wajah hampa gadis-gadis itu langsung tidak dipedulikan . Yang pastinya , dia tidak mahu menyiksa perempuan yang tiada kaitan dengan dunia mafianya . Sangat profesional !


Halaju kaki kian bertambah . Dia menuju bahagian hujung pantai yang hampir dilitupi hutan tebal . Melihat daripada keadaan hujan tersebut , tidak akan ada sesiapa yang akan berani menjejakkan kaki ke kawasan itu . Tapi Shen , disitulah tempat paling selamat untuk memarkir bot peribadinya bagi mengelak daripada terlihat oleh musuh atau sesiapa sahaja yang dia tidak mahu bertemu selepas tamat waktu bekerja atau rakan perniagaan yang ingin membodek untuk meminta simpati supaya melabur di syarikat mereka yang sebesar sarang semut!


Tiba-tiba lautan bergelora sehingga membuatkan ombak mengganas memukul-mukul pantai sehingga Shen terjatuh dihempas ombak . Shen tertiarap di pasir pantai . Seluar bajunya basah kuyup . Sekali lagi ombak memukul , tenggelam wajah kacak Shen .


Dia bingkas bangun sebelum dirinya kembali dihempas ombak yang kuat . Namun niatnya terhenti saat terpandang kayu yang hanyut dibawa ombak dihujung kakinya . Perlahan-lahan kayu tersebut dikuis , namun pelik juga , kayu itu bergerak sedikit namun kembali ke tempatnya semula. Pelik . Itu sahaja yang muncul dibenak fikiran Shen tika ini .


Dia terfikir akan sesuatu . Nafas ditarik serentak dengan itu kakinya diangkat tinggi mencari posisi yang stabil bagi menghasilkan tendangan yang padu .


BUKKK


Pasir terpelanting kesana sini . Terbuntang mata Shen saat terpandang akan objek yang disangka kayu itu . Ombak sekali lagi memukul . Tanpa melengahkan masa , Shen terus menarik tubuh yang hampir dibawa ombak ke laut dengan kudrat mafianya . Entah kenapa dia terasa ingin menyelamatkan gadis itu . Dia juga hairan namun dibiarkan dahulu persoalan di mindanya itu .


Sekali tarik sahaja tubuh itu selamat di dalam dakapannya . Wajah pucat itu dipandang . Rasa bersalah mulai terbit saat dia teringat akan tendangan padunya pada lengan gadis tersebut .


" Iqbal " laung Shen


Sepi .


Wajah gadis itu ditatap lagi . Tubuhnya yang sejuk seakan memberitahu Shen bahawa gadis itu memerlukan bantuan dalan kadar segera . Jari-jemarinya yang kian membiru dan bajunya yang sedikit mereput dan terkoyak menyatakan bahawa dia sudah lama dibawa arus .


" Iqbal !!! " jerkah Shen sehabis mungkin .


Tubuh gadis itu segera digendong ke arah bot peribadinya . Saat tiga tapak dia melangkah , seorang lelaki datang kearahnya dengan berlari-lari anak .



" Ye boss. Ada apa ? Siapa ni ?" tanya lelaki itu tercungap-cungap .


" Kau tak payah banyak cakap . Cepat bawak dia pergi hospital . "


Iqbal hairan namun dia patuh sahaja arahan bosnya itu .


Bot dipandu laju oleh Iqbal . Shen hanya membisu , bingung dengan perilaku sendiri .



~~~~~🏝🏝🏝~~~~~



END FLASH BACK


Shen meraup mukanya . Pintu bilik bersebelahan biliknya dibuka . Sudah 4 bulan berlalu , akhirnya gadis itu dibawa pulang juga ke rumahnya petang tadi . Jururawat baru diupah khas bagi menjaga gadis itu .


Setelah memeriksa keadaan gadis itu , Shen berlalu pergi ke bilik kerjanya . Kelihatan Iqbal sedang duduk di sofa menunggunya disitu .


"Macam mana ? Dah jumpa ?" Soal Shen sambil melabuhkan punggung di tempat duduknya .


" Sudah , bos . Nama dia Elvyra Nisa . Umur 26 . Dia doktor dekat sebuah hospital swasta di Penang . Dia salah seorang mangsa bot karam .Family dia saya tak dapat jejak bos .Yang cari dia masa bot karam pun cuma kawan rapat dia sahaja ." jawab Iqbal panjang lebar .


Shen hanya diam membisu . Ditelitinya satu persatu maklumat gadis yang ditemuinya tempoh hari . Biodata yang tidak lengkap tetapi amat menarik bagi Shen .


" Bos , lagi satu . Saya dah selesai maklumat dia yang tak lengkap dekat hospital tu . Masalah hospital macam biasa , kita tak perlu risau apa-apa . jelas Iqbal lagi .


Shen hanya mengangguk . " Ok, kalau ada apa-apa inform aku cepat-cepat . Sembunyikan pasal dia , jangan sampai ada yang tahu ." putus Shen kemudian dia melangkah pergi meninggalkan ruang kerjanya .


Iqbal mengangguk faham . Dia kemudiannya turut melangkah pergi .








MISS ROSE
09 JULY 2020

Ulasan

  1. Good Luck author 😘 😘 selalu selalu la update lama ni tunggu

    BalasPadam

Catat Ulasan