ELVYRA NISA BAB 2
Pintu bilik dibuka , Shen melangkah masuk . dia menghampiri katil Elvyra . Gadis itu sedang tidur nyenyak . Entah berapa lama lagi dia ingin tidur . Keadaannya kini kian membaik .
" Magandang umaga , sir . Ay may anumang bagay ang maari kong makatulong ?" ( Selamat pagi , tuan . Ada apa-apa yang boleh saya bantu ? )
Sapa jururawat itu mesra . Dia yang sudah terbiasa dengan sikap dingin Shen hanya bertanya sekadar basa basi , semua kerja yang sedang dilakukan segera ditinggalkan . Raja Singa didahulukan . Melihat anggukan daripada Shen , dia segera menyambung tugasnya , keadaan kesihatan Elvyra direkod dari semasa ke semasa .
" Wala , Maari kang pumunta out muna . Huwang pumasok nang walang ang akin pahintulot . " (Tiada apa-apa . Kau boleh keluar dulu . Jangan masuk tanpa izin aku .) Jawab Shen ringkas dengan wajah kutub utaranya itu . Dingin !
"Na rin , sir ." ( Baik , tuan . ) Jawab jururawat itu kemudian dia segera berlalu pergi .
Shen melabuhkan duduk disebelah Elvyra . Wajah mulus gadis itu diperhati . Perlahan-lahan pipi gebu itu diusap . Wajah polos gadis itu ditatap dengan lama . Tidak terdetik sebarang perasaannya terhadap gadis itu . Yang ada , cuma perasaan ingin menyimpan gadis cantik itu sahaja . Huh , siapa tak kenal Shen ? Yang dia tahu , hanyalah business .
Tapi bila dengan Elvyra , bila jauh rasa gelisah tapi bila dekat rasa menyampah . Hah dah boleh jadi pantun dua kerat!
" Aku tak kenal kau dan aku tak tahu siapa yang hantar kau . Tapi yang aku tahu , satu hari nanti kau akan berguna untuk aku kembangkan empayar aku . Heh "
Selesai sahaja berkata-kata , terus dia melangkah pergi . Pintu kayu bilik Elvyra dihempas kuat . Terhinjut bahu Binayaan , jururawat yang menjaga Elvyra yang sedang setia menunggu di depan pintu bilik .
"Put your eye on that bitch !"
Sudah terbiasa dengan situasi seperti itu , Binayaan hanya mengiakan dan kembali melakukan tugas-tugasnya .
~~~~~🌻🌻🌻~~~~~
Iqbal mengambil besi panas dari atas api yang membakar dengan kuat . Lalu besi itu diangkat tinggi kemudian dilibas kuat ke belakang badan seorang lelaki yang bernama Banuk .
"Arghhhhhhh"
Raung lelaki itu kesakitan . Tubuhnya mengeliat-liung menahan sakit yang amat . Terkoyak isi kulitnya dek besi panas tersebut . Darah pekat memercik keluar dengan banyaknya . Inilah balasan yang patut dia terima .
"Erghhhhhhhh"
Banuk menahan perit . Rasa menyesal kerana mengikuti rancangan bodoh bosnya itu .Kalaulah dia tahu dia perlu berurusan dengan mafia tak berhati perut ini , awal-awal lagi sudah dia tolak wang bosnya yang tak seberapa itu .
Iqbal sekali lagi mengangkat tinggi besi panas itu , kali ini pasti patah tulang belakang lelaki bodoh itu . Tangannya dihayun dengan kuat ke belakang Banuk .
" Wait ! "
TINGGGG
Hayunan padu Iqbal dihentikan dengan sebatang kayu besball . Berdeting bunyinya .
" Kung hindi mo aminin at huwag sabihin sa akin kung sino ang sa likod ng ito , ako pagpunta sa balat ng iyong pamilya buhay ." ( Kalau kau tak mengaku dan beritahu aku siapa dalangnya , aku akan siat keluarga kau hiduo-hidup . )
Kata Shen dengan sepucuk pistol di tangannya . Riak mukanya tidak pernah berubah , sentiasa dingin . Riak muka itulah yang digeruni musuh-musuhnya .
" Hindi . Hindi . Oo . Oo , aminin ko sa gagawin ko ." ( Jangan . Jangan . Ya, ya , aku mengaku aku yang buat . ) Lelaki malang itu terus mengaku dengan terketar-ketar . Berdepan dengan mafia yang bernama Shen , tiada siapa yang berani menipu .
Shen ketawa sinis . Pistol ditangan diputar-putar dengan ibu jarinya . " So , who is the lucky person ?"
" Heidi ." jawab lelaki itu tanpa teragak-agak . Risau nyawanya bakal diganti dengan nyawa Heidi jika dia tidak mengaku . Tapi malangnya , sangkaannya meleset sama sekali .
Suasana bilik yang sepi pada mulanya gamat dengan suara gelak Shen . Namun , tiada siapa yang berani bersuara . Tahu sudah Shen bakal dirasuk sebentar lagi .
Once you involved , you will never ever have a chance to escape . NEVER
~~~~~🌻🌻🌻~~~~~
" Binayaan , whats going on? " tanpa banyak bicara , bilik Elvyra dirempuh masuk .
Binayaan mengekor dari belakang , telan liur juga dia apabila terlihat kesan percikan darah pada baju biru muda yang dipakai Shen ditambah pula sepucuk pistol ditangannya .
" Miss Elvyra just moved her fingers . And ... and she maybe will awake in a few days . Do not worry sir , I'll take care of her ." kata Binayaan dengan terketar-ketar .
Takut juga Shen akan mengamuk jika dia tersilap cakap . Awal-awal lagi Joan sudah berpesan padanya supaya jangan banyak karenah atau bertindak lembab jika Shen tiada mood .
Shen hanya tercegat memandang Elvyra . Tiga meter jarak mereka , sengaja Shen duduk jauh sedar dirinya berlumuran darah . Bukan dia tak perasan muka pucat Binayaan tu .
Elvyra yang bermuka polos itu sedang nyenyak tidur , umpama bayi yang langsung tiada masalah dunia untuk difikirkan .
" Kumuha ng magandang pag-aalaga sa kanya . Huwag hayaan ang masamang bagay na mangyayari . Mag-ulat sa akin agad kung mayroong anumang mga developments ." ( Jaga dia baik-baik . Jangan sampai benda buruk berlaku .Laporkan dengan segera kalau ada apa-apa perkembangan. )
Shen kemudiannya terus berlalu pergi ke bilik kerjanya . Sengaja dia menggunakan bahasa Tagalog . Bukannya dia tidak tahu , Binayaan sudahpun pergi ke kelas bahasa Inggeris sebelum bekerja dengannya dahulu . Sebutan pun kadang-kadang berterabur . Sakit telinga Shen mendengarnya .
" Oo , sir ." jawab Binayaan takut-takut . Dia sengaja Binayaan menutup pintu dengan cepat . Doanya dalam hati supaya Shen tidak muncul lagi di bilik itu .
Namun sebaik sahaja dia memalingkan badan setelah menutup pintu , sekali lagi pintu bilik dibuka dari luar . Terkejut berok Binayaan dibuatnya . Kalaulah setiap hari begini , tak mustahil dia pula yang akan terbaring di atas katil dek kerana lemah jantung . Kus semangat .
" Binayaan , get out . Ipaalam sa akin tumagal ng pag-aalaga sa kanya ngayong gabi. " ( Binayaan, keluar . Biar aku yang menjaganya malam ni . )
Tanpa sempat Binayaan memusingkan badannya , Shen terlebih dahulu bersuara .
" O .... Oo sir ." jawab Binayaan tergagap-gagap . Dia segera meloloskan diri ke biliknya . Biarpun dia banyak menhabiskan waktu di bilik Elvyra , namun Shen tetap menyediakan bilik untuknya .
Shen segera mengunci pintu sebaik sahaja Binayaan keluar dari bilik itu . Dah macam lipas kudung dah Si Binayaan ni . zup zap terus hilang .
Piatol yang dipegang sedari tadi lagi diletakkan diatas meja solek . Baju kameja yang berlumuran darah ditanggalkan . Dia segera membersihkan diri . Sesungguhnya , dia sendiri terasa hendak termuntah dengan bau darah itu . selalunya dia terus mandi , tapi sejak adanya Elvyra , tingkah lakunya kian aneh dari hari ke hari .
Update slalu yer
BalasPadamsaya cuba update selalu ye sis
Padambila sis nk sambung
BalasPadamSaye sambung study sis, busy sikit, yg sebelum ni saye delete sbb ada yg copy paste karya saye sesuka hati dorang.So saya terpaksa buat mcm ni . dlm sebulan lagi saya update ye sis, sorry ye
Padam